Bagaimana merawat EKZEMA?



Ekzema atau dermatitis adalah penyakit kulit yang dialami oleh semua peringkat umur. Tedapat rawatan ekzema bagi mengurangkan penyakit ini. Ekzema ini berperingkat, yang ringan hingga yang berat. Bagi ekzema ringan, kulit akan menjadi kering, rasa panas dan gatal-gatal. Ekzema yang agak berat pula, kulit menjadi pecah, retak dan juga berdarah. Walaupun nampak teruk, ekzema tak berjangkit. Dengan rawatan ekzema yang baik, sakit akan berkurangan. Tapi mesti berjaga-jaga kerana kulit pesakit ekzema agak sensitif. Perlu penjagaan yang lebih

4 Rawatan Ekzema (General)
  • Elakkan dari perkara yang merengsa seperti bahan kimia atau pakaian yang gatal.
  • Gunakan selalu 'emollients' bahan pencuci bukan sabun. Juga krim pelembap yang khas untuk ekzema.
  • Gunakan rawatan anti-radang sama ada berasaskan steroids atau yang semulajadi dan tiada kesan sampingan
  • Penggunaan sarung tangan juga disarankan. Bagi mengelak kulit tercedera apabila digaru kerana gatal.
Ya, ekzema bukan mudah hendak dihilangkan. Rawatan ekzema boleh jadi leceh dan memenatkan. Tapi bersabarlah, jika benar rawatan yang diambil, ekzema akan berkurangan.


6 Cara Mencegah Ekzema Lebih Teruk


  • 5 Minutes Rule, sapakan emollient sekitar 5 minit selepas mandi. Masa ini, kulit akan kehilangan lembapan dan menjadi kering
  • Beli atau guna pakaian dan 'bedding' yang berasaskan cotton.
  • Pastikan kuku anak yang ada ekzema kekal pendek.
  • Sarungkan sarung tangan bagi anak yang kecil.
  • Elakkan apa juga yang boleh 'trigger ekzema'. Seperti makanan atau bahan kimia atau bahan sintetik.
  • Bagi punca ekzema yang disebabkan 'dust mites'. Jangan gunakan carpet. Basuh selalu pakaian, bedding dan  'soft toys' untuk elak ekzema menjadi parah.
  • Cari tempat yang sejuk untuk elak kulit menjadi gatal.

Rawatan Ekzema:
Ekzema boleh dicegah menjadi lebih teruk dengan pengambilan makanan tambahan yang baik. Bahan semulajadi bagi mengawal kegatalan dan radang. Juga merawat luka-luka disebabkan ekzema. Set Ekzema Shaklee, insyaallah membantu mengurangkan ekzema yang teruk

Set ini terdiri dari Omega Guard, Energizing Soy Protein (ESP) dan GLA.

Omega Guard:
 Bersifat semulajadi anti radang. Juga memulihkan dan mengawal ekzema dari dari dalam. Pengambilan yang konsisten akan elakkan ekzema dari menyerang. 

ESP:
 Kaya dengan protein soya. Menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit baru dengan cepat. Memulihkan parut dan bekas ekzema.

GLA: Bagus untuk hampir semua sakit kulit. Mengurangkan kegatalan. Melembapkan kulit yang kering disebabkan ekzema.


sumber welovesusuibu.blogspot.com

Jika masih mencari penawar untuk ekzema, bolehlah mencuba set ekzema shaklee ini.. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002


Best regards,

Soya terbaik - ESP Shaklee


Isu soya merupakan isu yang agak sensitif jika dibincangkan. Kononnya boleh menyebabkan punca kanser, cyst, fibroid. Ya memang antara penyebabnya jika soya itu adalah soya GMO (genetic modified organism) TETAPI ESP Shaklee adalah terdiri daripada NON-GMO iaitu soya asli yang tidak berubah dari segi genetik. ESP merupakan soya terbaik. Kenapa saya kata ESP terbaik?? Jemput baca ini..

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic
    Kenapa soybeans mesti ditanam secara organik? sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkuranganan, dari segi kajian sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ini.
  • Soybean itu mestilah Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? sebab secara umumnya soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah untuk dihasilkan (ini lebih kurang seperti vitamin sintetik dan vitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan.
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
    Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. Jika salah satu asid amino ini tiada, sistem imun akan merosot sehingga 30% dan banyak fungsi badan yang penting akan lambat dan terhenti.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol.
    Alcohol itu haram, satu hal gak, tapi kalau dicuci dgn alcohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc. Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkanSoya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Sedangkan kalau kekurangan bahan-bahan ini akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
    Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result.
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?
    Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulangan dan oleh yg demikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium.

    Jadi sudah tahukan kenapa ESP Shaklee terbaik? Kerana ESP Shaklee melalui proses dan mengandungi keperluan asid amino yang diperlukan oleh badan seperti yang dinyatankan di atas. Sebagai pengguna yang bijak buatlah pilihan yang terbaik untuk anda sendiri.




Best regards,

Baby shaklee

Saya mula ambil supplement shaklee sebelum mengandung lagi..
Bila positive mengandung saya terus ambil supplement ketika hamil iaitu b complex, vita lea, vitamin c, ostematrix dan esp..
Sepanjang mengandung saya tidak mengalami sebarang alahan, asyik nak makan ja. Masa mengandung anak-anak sebelum ni ada juga alahan sikit-sikit. Memang enjoy sangat tempoh kehamilan kali ini. Maklum la tidak ada muntah-muntah dan juga kurang selera makan.
Sepanjang mengandung tidak mengalami masalah krem atau kejang otot sebab saya ambil ostematrix, masalah sembelit pun tiada. Apabila keperluan kalsium mencukupi masalah kejang otot pun tiada.
Setiap hari menempuh hari-hari kehamilan dengan penuh bertenaga disamping menguruskan 3 lagi anak-anak yang aktif. 

Saya juga syukur sangat-sangat pada Illahi kerana apabila sampai saat kelahiran Dia permudahkan. Masa proses kelahiran pun sekejap saja tanpa luka dan jahitan. Kelahiran yang sangat-sangat diidamkan.
Selepas bersalin saya teruskan pengambilan vitamin-vitamin yang saya makan ketika hamil.
Ketika selepas melahirkan, masalah sembelit yang paling ditakuti ibu-ibu kan? Tapi alhamdulillah saya tidak mengalami masalah sembelit kerana ostematrix.. selain mengelak masalah sembelit, ostematrix juga membekalkan kalsium yang mencukupi kepada badan. Sangat membantu bagi ibu-ibu yang tidak suka minum susu.
Pengeluaran susu badan pun meriah. Jika badan sihat keperluan nutrien pun cukup, ibu-ibu dapat menghasilkan susu yang mencukupi dan berkhasiat dan dapat menyusu baby sepenuhnya.
Sekarang baby saya dah berusia 2 bulan dan membesar dengan hanya susu badan sahaja tanpa campur susu formula. Baby pun tidak pernah mengalami masalah kembung perut.
Sehingga sekarang saya masih teruskan pengambilan supplement shaklee. Love shaklee :)
Bagi ibu-ibu diluar sana, saya cadangkan anda mengambil set kehamilan, set perpantang dan set penyusuan shaklee kerana anda pasti akan dapat keperluan nutrien yang mencukupi dan berpuas hati dengan khasiat setiap vitamin dan merasai perubahanya..
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002, jangan malu-malu ye.
Buatlah pilihan yang tepat untuk anda dan juga baby anda.

Syoknya aktiviti di hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sudah sarapan ke? Alhamdulillah saya dan keluarga sudah sarapan, menu pagi ini home made burger daging dan benjo serta air oligo panas. Gambar tidak sempat ambil sebab sudah selamat masuk perut masing-masing hihihi..
Entry pagi ini saya hendak berkongsi aktiviti saya sepanjang hujung minggu. Semalam saya sudah berkongsi tips mengurus rumah bersama anak-anak.
Pagi tadi sudah selesai membasuh dan sidai cloth diapers anak-anak. Saya lebih suka pakaikan anak-anak saya cloth diapers kerana sangat jimat dari segi pembelanjaan dan juga bagus untuk persekitaran, go green hihi.. sambil go green dengan cloth diapers, shaklee juga menjadi pilihan saya kerana supplement dari sumber semulajadi.

Sekejap lagi ada lagi satu tugas yang belum selesai.. mengemop lantai.. selesai mop lantai jadi chef kat dapur pula.. menu belum fikir lagi.
Siapkan entry untuk hari ini dulu lepas itu boleh mengemop lantai sementara baby tengah tidur. Anak-anak yang lain macam biasa lah dengan aktiviti masing-masing. Ada yang tengah layan you tube tengok upin ipin, main lego dan melukis...
Hujung minggu ini kami sekeluarga tidak pergi ke mana-mana kerana kami sedang sibuk siapkan rumah untuk buat home stay. Petang semalam sempat la juga pergi cuci rumah sikit-sikit.. tapi tidak habis cuci sepenuhnya lagi. Insya Allah petang ini sambung pergi cuci rumah lagi.
Aktiviti hujung minggu tidak banyak beza dengan aktiviti harian saya sebab saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Cuma kadang-kadang tu dihujung minggu ada juga keluar pergi kota kinabalu. Agak jauh juga kota kinabalu dengan rumah, ambil masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah juga perjalanan. Situ sajalah tempat yang sering pergi sebab disini tempat semua jauh-jauh. Ambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Maklumlah sabah ni luas, masih banyak tempat yang belum diterokai. Masih banyak lagi hutan hihihi..
Ermm saya rasa setakat ini dululah perkongsian saya untuk hari ini. Saya hendak siapkan kerja seterusnya sementara si kecil masih nyenyak tidur. Tunggu perkongsian seterusnya dari saya ya..

Tips mengurus rumah bersama anak-anak



Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan mengemaskini blog sambil layan anak-anak dengan aktiviti mereka masing-masing. Mama kemaskini blog, anak-anak bermain lego buat binaan imaginasi mereka sendiri.

Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tips mengurus rumah bersama anak-anak. Cabaran utama berlaku apabila mengemas dengan anak-anak kecil adalah seperti rumah tidak akan rapi dalam masa yg lama. Sekejap saja kemas selepas beberapa minit kembali berselerak. Memang stresskan? Penat lelah mengemas tidak habis lagi tetapi rumah kembali berselerak.

Disini saya ingin berkongsi pengalaman sendiri mengurus dan mengemas rumah bersama anak-anak. Saya lebih suka mengemas rumah bersama anak-anak. Jadikan aktiviti mengemas itu sebagai aktiviti yang menarik bersama anak-anak. Antara tips yang saya lakukan adalah:
  • Mengajak anak-anak seawal umur 2 tahun untuk membantu. Mulakan dengan mengajar kemas mainan sendiri sambil melakukan bersama-sama. Apabila anak berjaya melakukan kita wajib beri pujian agar anak merasa dihargai atas usaha mereka.
  • Mengajak anak-anak melipat baju dan jadikan aktiviti melipat baju satu aktiviti yang menarik dan seronok. Ajar anak-anak lipat baju sendiri, apabila anak berjaya beri pujian. walaupun  tidak kemas tetapi pujian tetap diberi. Alhamdulillah sekarang ini bab lipat baju anak-anak saya dah tidak pening kepala sebab anak-anak yang lipat baju mereka sendiri. Dengan aktiviti ini anak saya berusia 2 tahun setengah dah paadai lipat baju walaupun tidak begitu kemas. Saya sendiri kagum dengan kebolehannya seawal umur 2 tahun lebih. 
  • Mengajar anak-anak membasuh kasut sekolah sendiri. Mula umur anak sulung saya 5 tahun saya sudah suruh anak saya basuh kasut sendiri. Hari pertama saja saya tunjuk cara basuh kasut kemudian hari-hari seterusnya anak-anak akan basuh sendiri, kemudian sekarang ini anak saya yang sulung pula ajar adik dia membasuh kasut. Apabila cuti sekolah mereka sudah tahu apa yang perlu buat.
  • Setiap hujung minggu saya akan ajak anak-anak mengemas rumah bersama-sama. Mulakan dengan mengutip segala mainan, maklumlah rumah ada anak-anak kecil memang mainan yang akan berselerak. Selepas itu susun segala buku-buku di tempat yang sepatutnya.
  • Alhamdulillah sekarang ini apabila anak-anak nampak saya sudah mula hendak mengemas rumah mereka sendiri yang akan menawarkan diri untuk mengemas rumah bersama-sama. Mereka kelihatan seronok dan bergembira melakukan aktiviti mengemas rumah bersama. Kadang-kadang masa saya tidak mengemas rumah pun mereka sendiri yang akan mengemas rumah. Mereka siap suruh saya rehat-rehat saja, biar mereka saja yang mengemas rumah.
Alhamdulilah anak-anak saya berusia 7,5 dan 3 tahun sudah pandai melakukan kerja mengemas dan membasuh. Jika ada pinggan mangkuk di dalam sinki anak saya yang berumur 7 tahun yang akan basuh tanpa disuruh bantu. Secara tidak langsung dapat mendidik anak-anak sifat tolong menolong tanpa disuruh. Jadi kuranglah rasa penat kerana aktiviti dilakukan bersama-sama malah mengajar mereka untuk berdikari melakukan kerja rumah.
Jadi saya harap beberapa tips yang tidak seberapa saya ini dapat membantu ibu-ibu d iluar sana dalam menguruskan rumah bersama anak-anak. Apa yang penting jadikan aktiviti bersama sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan anak-anak pasti akan suka.


Best regards,

Bagaimana hendak pilih vitamin??

Saya pasti mesti ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana hendak pilih vitamin yang bersesuaian dengan keperluan badan. Pelbagai persoalan yang timbul. Sebelum itu kita sendiri perlu tahu dengan keadaan diri kita sendiri seperti : Adakah kita alergi kepada apa-apa makanan dan ubat?
Ini amat penting supaya kita tidak salah memilih dan jika salah pilih akan timbul pula masalah lain.
Di sini saya akan berkongsi panduan untuk memilih vitamin:

PROTIN
Fungsi
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .

Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
Panduan memilih


Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.


MULTIVITAMIN
Fungsi

Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.

Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Panduan memilih

Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.


VITAMIN C
Fungsi

Meningkatkan . respons imun. .

Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
Panduan memilih

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.



ALFALFA
Fungsi

Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.

Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
Panduan memilih


Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai



VITAMIN E
Fungsi

Mungkin melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Panduan memilih

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.




B COMPLEX
Fungsi

Membantu memerangi kelesuan. .

Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
Perlu bagi saraf sihat. .
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan memilih

Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkapini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut


LESITIN
Fungsi

Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.

* Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Panduan memilih


Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.




KALSIUM
Fungsi

Membina tulang dan gigi yang kuat.

Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
Panduan memilih


carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.



BESI
Fungsi

Membina sel-sel darah sihat.

Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Panduan Memilih

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.



ZINK
Fungsi

Perlu bagi memulihkan luka.

Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons stres.
Panduan memilih


Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.


GENTIAN/ FIBER
Fungsi

Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,

penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan memilih

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.



JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi

Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.

Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.
Panduan memilih

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.



EPA/OMEGA

Fungsi

Boleh - menurunkan trigliserida. -

Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
Panduan memilih

Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.





Best regards,