Bagaimana hendak pilih vitamin??

Saya pasti mesti ramai yang keliru dan tidak tahu bagaimana hendak pilih vitamin yang bersesuaian dengan keperluan badan. Pelbagai persoalan yang timbul. Sebelum itu kita sendiri perlu tahu dengan keadaan diri kita sendiri seperti : Adakah kita alergi kepada apa-apa makanan dan ubat?
Ini amat penting supaya kita tidak salah memilih dan jika salah pilih akan timbul pula masalah lain.
Di sini saya akan berkongsi panduan untuk memilih vitamin:

PROTIN
Fungsi
Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .

Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.
la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
Panduan memilih


Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".
Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.


MULTIVITAMIN
Fungsi

Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.

Menampung kekurangan diet yang kecilan.
Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
Panduan memilih

Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.
Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.


VITAMIN C
Fungsi

Meningkatkan . respons imun. .

Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
Membantu penyerapan besi.
Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .
Membantu memulihkan luka.
Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).
Panduan memilih

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.



ALFALFA
Fungsi

Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.

Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
Panduan memilih


Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai



VITAMIN E
Fungsi

Mungkin melengahkan penuaan sel.
Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
Panduan memilih

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.




B COMPLEX
Fungsi

Membantu memerangi kelesuan. .

Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
Perlu bagi saraf sihat. .
Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan memilih

Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkapini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut


LESITIN
Fungsi

Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.

* Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
Boleh menurunkan kolesterol.
Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Panduan memilih


Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.




KALSIUM
Fungsi

Membina tulang dan gigi yang kuat.

Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .
Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
Panduan memilih


carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.



BESI
Fungsi

Membina sel-sel darah sihat.

Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.
la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Panduan Memilih

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.



ZINK
Fungsi

Perlu bagi memulihkan luka.

Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
Amat penting dalam sistem imun.
Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.
Memainkan peranan dalam respons stres.
Panduan memilih


Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.


GENTIAN/ FIBER
Fungsi

Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,

penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan memilih

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.



JULAP / LAKSATIF HERBA

Fungsi

Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.

Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi.
Panduan memilih

Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.



EPA/OMEGA

Fungsi

Boleh - menurunkan trigliserida. -

Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
Panduan memilih

Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.





Best regards,

No comments:

Post a Comment