Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan mengemaskini blog sambil layan anak-anak dengan aktiviti mereka masing-masing. Mama kemaskini blog, anak-anak bermain lego buat binaan imaginasi mereka sendiri.
Hari ini saya hendak berkongsi beberapa tips mengurus rumah bersama anak-anak. Cabaran utama berlaku apabila mengemas dengan anak-anak kecil adalah seperti rumah tidak akan rapi dalam masa yg lama. Sekejap saja kemas selepas beberapa minit kembali berselerak. Memang stresskan? Penat lelah mengemas tidak habis lagi tetapi rumah kembali berselerak.
Disini saya ingin berkongsi pengalaman sendiri mengurus dan mengemas rumah bersama anak-anak. Saya lebih suka mengemas rumah bersama anak-anak. Jadikan aktiviti mengemas itu sebagai aktiviti yang menarik bersama anak-anak. Antara tips yang saya lakukan adalah:
- Mengajak anak-anak seawal umur 2 tahun untuk membantu. Mulakan dengan mengajar kemas mainan sendiri sambil melakukan bersama-sama. Apabila anak berjaya melakukan kita wajib beri pujian agar anak merasa dihargai atas usaha mereka.
- Mengajak anak-anak melipat baju dan jadikan aktiviti melipat baju satu aktiviti yang menarik dan seronok. Ajar anak-anak lipat baju sendiri, apabila anak berjaya beri pujian. walaupun tidak kemas tetapi pujian tetap diberi. Alhamdulillah sekarang ini bab lipat baju anak-anak saya dah tidak pening kepala sebab anak-anak yang lipat baju mereka sendiri. Dengan aktiviti ini anak saya berusia 2 tahun setengah dah paadai lipat baju walaupun tidak begitu kemas. Saya sendiri kagum dengan kebolehannya seawal umur 2 tahun lebih.
- Mengajar anak-anak membasuh kasut sekolah sendiri. Mula umur anak sulung saya 5 tahun saya sudah suruh anak saya basuh kasut sendiri. Hari pertama saja saya tunjuk cara basuh kasut kemudian hari-hari seterusnya anak-anak akan basuh sendiri, kemudian sekarang ini anak saya yang sulung pula ajar adik dia membasuh kasut. Apabila cuti sekolah mereka sudah tahu apa yang perlu buat.
- Setiap hujung minggu saya akan ajak anak-anak mengemas rumah bersama-sama. Mulakan dengan mengutip segala mainan, maklumlah rumah ada anak-anak kecil memang mainan yang akan berselerak. Selepas itu susun segala buku-buku di tempat yang sepatutnya.
- Alhamdulillah sekarang ini apabila anak-anak nampak saya sudah mula hendak mengemas rumah mereka sendiri yang akan menawarkan diri untuk mengemas rumah bersama-sama. Mereka kelihatan seronok dan bergembira melakukan aktiviti mengemas rumah bersama. Kadang-kadang masa saya tidak mengemas rumah pun mereka sendiri yang akan mengemas rumah. Mereka siap suruh saya rehat-rehat saja, biar mereka saja yang mengemas rumah.
Jadi saya harap beberapa tips yang tidak seberapa saya ini dapat membantu ibu-ibu d iluar sana dalam menguruskan rumah bersama anak-anak. Apa yang penting jadikan aktiviti bersama sebagai aktiviti yang menyeronokkan dan anak-anak pasti akan suka.
Best regards,
Maziah Ismail
tel.:012-502 7002
fax:-
maz.anw@gmail.com
http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/
tel.:012-502 7002
fax:-
maz.anw@gmail.com
http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment