Syoknya aktiviti di hujung minggu

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sudah sarapan ke? Alhamdulillah saya dan keluarga sudah sarapan, menu pagi ini home made burger daging dan benjo serta air oligo panas. Gambar tidak sempat ambil sebab sudah selamat masuk perut masing-masing hihihi..
Entry pagi ini saya hendak berkongsi aktiviti saya sepanjang hujung minggu. Semalam saya sudah berkongsi tips mengurus rumah bersama anak-anak.
Pagi tadi sudah selesai membasuh dan sidai cloth diapers anak-anak. Saya lebih suka pakaikan anak-anak saya cloth diapers kerana sangat jimat dari segi pembelanjaan dan juga bagus untuk persekitaran, go green hihi.. sambil go green dengan cloth diapers, shaklee juga menjadi pilihan saya kerana supplement dari sumber semulajadi.

Sekejap lagi ada lagi satu tugas yang belum selesai.. mengemop lantai.. selesai mop lantai jadi chef kat dapur pula.. menu belum fikir lagi.
Siapkan entry untuk hari ini dulu lepas itu boleh mengemop lantai sementara baby tengah tidur. Anak-anak yang lain macam biasa lah dengan aktiviti masing-masing. Ada yang tengah layan you tube tengok upin ipin, main lego dan melukis...
Hujung minggu ini kami sekeluarga tidak pergi ke mana-mana kerana kami sedang sibuk siapkan rumah untuk buat home stay. Petang semalam sempat la juga pergi cuci rumah sikit-sikit.. tapi tidak habis cuci sepenuhnya lagi. Insya Allah petang ini sambung pergi cuci rumah lagi.
Aktiviti hujung minggu tidak banyak beza dengan aktiviti harian saya sebab saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Cuma kadang-kadang tu dihujung minggu ada juga keluar pergi kota kinabalu. Agak jauh juga kota kinabalu dengan rumah, ambil masa lebih kurang 2 jam ke 2 jam setengah juga perjalanan. Situ sajalah tempat yang sering pergi sebab disini tempat semua jauh-jauh. Ambil masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi yang dituju. Maklumlah sabah ni luas, masih banyak tempat yang belum diterokai. Masih banyak lagi hutan hihihi..
Ermm saya rasa setakat ini dululah perkongsian saya untuk hari ini. Saya hendak siapkan kerja seterusnya sementara si kecil masih nyenyak tidur. Tunggu perkongsian seterusnya dari saya ya..

No comments:

Post a Comment