Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi masuk dan baca blog saya. Saya harap info dari perkongsian saya dapat membantu pembaca mencari dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Hari saya nak berkongsi Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah. Resepi ini tiba-tiba datang bila saya dah tak tahu nak masak apa ayam yang saya keluarkan dari fridge. Asyik goreng kunyit ja, bosan pulak. Pandang bahan yang dok ada atas rak nampak la biji jintan manis dan ketumbar.. terus teringat nak buat ayam berempah, tapi masalahnya tak cukup bahan la pula.. Ok tak pa guna ja bahan yang ada saja. Nak risau apakan kita yang buat ayam tu bukan ayam tu yang buat kita. Maka terjadilah Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah.

Bahan-bahan

1 ekor ayam yang di potong kecil
2 sudu besar biji jintan manis *
2 sudu besar biji ketumbar *
2 sudu besar madu
1 sudu kecil paste asam jawa adabi
serbuk kunyit @ kunyit hidup 1 inci
daun kari
garam
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

- Kisar bahan bertanda * bersama-sama hingga halus, tapi jangan halus sangat la ye.
  boleh tengok seperti gambar di bawah.

Jintan Manis & ketumbar sebelum dimesin dan selepas dimesin

- Potong ayam kecil-kecil supaya nanti bahan-bahan perap akan masuk hingga kedalam.
Ayam yang dipotong kecil-kecil

- Masukkan ayam yang telah di potong kedalam bekas dan masukkan serbuk kunyit, garam, madu serta asam jawa paste seperti gambar di bawah.




- Gaul ayam bersama-bahan tadi hingga sekata



Ayam yang telah digaul sebati 
- Perap ayam paling kurang 1 jam.

- Selepas 1 jam, panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas goreng ayam seperti biasa, gunakan api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangit. Semasa goreng tu boleh masukkan daun kari sedikit untuk bagi wangi lagi ayam tu.

- Jika tak nak goreng boleh juga bakar didalam oven / bole juga bakar dalam kuali serbaguna


Ayam yang siap di bakar


Ayam yang siap di goreng
Simple dan mudah saja resepi ni kan?  Selamat mencuba ye kawan-kawan :)



Best regards,

Tips Berjaya Berniaga Di rumah Agar Anak-anak Tidak Terabai.

Assalamualaikum...

Tahniah saya ucapkan kepada ibu-ibu yang berniaga di rumah sambil jaga anak-anak. Keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah merupakan satu keputusan yang sangat-sangat tepat dan langkah yang bijak sekarang ini. Ibu-ibu mempunyai alasan tersendiri mengapa mengambil keputusan berhenti kerja dan mulakan berniaga di rumah. Lepas ini saya akan berkongsi tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai. 

Sekarang yang menjadi dilema setelah berniaga di rumah adalah tidak pandai urus masa berniaga dan anak-anak. Keadaan menjadi kelam kabut, bila mula saja kita nak pegang laptop nak mulakan urusan business anak pun panggil. Ada yang nak itu, ada yang nak ini. Minta tolong cebok la, berebut mainan dengan adik beradik la.. Macam-macamlah sampai naik pening dan serabut. Betul tak??? pastu mula la nak jadi tarzan la... rimau jadian la, raksasa la semua keluar.. Hulk pun nak jadi.. hihihi..
Saya pun mengalami masalah yang sama, dengan kerenah 4 orang anak yang aktif dan sangat-sangat menguji kesabaran mak!!
Bila dah keadaan tidak terurus, kelam kabut, kita akan rasa macam masa tu tak cukup, berjam-jam cuba spend masa tp satu apa tu tak dak. happrakk, habuk pun tak da... Dah tu rasa kerja rumah pun makin bertambah-tambah. STRESSS gilaaaa...
Jadi kesempatan ini saya nak berkongsi dengan ibu-ibu di luar sana tips berjaya berniaga di rumah agar anak-anak tidak terabai.
TIPS # 1 - BANGUN AWAL UNTUK MASAK
Mulakan hari dengan bangun awal, bagus bangun awal ni sebab murah rezeki. Kalo pukul 10 baru nak bangun memang kelam kabut la jadinya.. kewajipan kepada Allah pun tah kemana. Ibu-ibu boleh decide nak bangun sebelum subuh ka, sejurus dengar azan subuh ke, tak kisah janji bangun awal. Seeloknya bangun sebelum subuh la, mandi-mandi kemudian terus boleh solat subuh di awal waktu. Lepas dah solat tu boleh la sediakan makanan sarapan untuk anak-anak dan suami. Boleh siap anak-anak yang ke sekolah dan bapaknya sekali hihi.
TIPS # 2 - SEDIA STOCK BAHAN MASAKAN UNTUK 1 MINGGUStock masakan ni contoh macam lauk basah, cili giling, bawang untuk tumis dan sebagainya. Macam saya,  suami akan beli stock lauk untuk 1 minggu, saya akan cuci dan bersihkan semua lauk-lauk dan simpan dalam tupperware ikut sukatan lauk yang nak dimasak pada hari-hari tertentu.. kemudian simpan dalam freezer. Jika nak masak hanya keluarkan bekas yang yang kita dah sediakan itu sahaja. Senangkan? jadi tak perlu la nk buang masa cuci dan bersih lauk yg nak masak tu sebab semua dah tersedia cuci dan bersih. cuma perlu masak sahaja.
Bawang pula boleh kita buang kulit siap-siap masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Cili mesin pun sama juga, mesin cili buat stock simpan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak guna semua benda dah tersedia jadi disini kita dah boleh jimat masa di dapur, dalam kurang 1 jam dah siap masak lauk-lauk dan nasi.
TIPS # 3 - JANGAN HIMPUN BAJU YANG TIDAK BERLIPAT DAN BELUM DI BASUH.
Bab himpun baju tak berlipat ni pun merupakan habits saya juga hihih.. Cukup malas dan bercinta kalo nak lipat baju, bertimbun-timbun baju dalam raga yang belum dilipat. Nak pakai cari ja dalam raga hahah.. Saya pasti ibu-ibu di luar pun mengalami sifat MALAS lipat baju.. Jadi lepas ni kenalah rajin-rajin lipat baju. Kutip saja baju yang dah kering terus lipat, jangan di tangguh-tangguh, kalo tangguh haaa mula nak menimbun balik kan?
Macam saya akan bahagikan baju-baju yang boleh digantung dengan hanger dan sidai guna hanger. Jika dah kering terus sangkut saja di tempat baju2 yang bersih. Baju yang tak boleh di hanger tu terpaksa sidai macam biasa.
TIPS # 4 - KEMAS RUMAH BILA ANAK TIDUR
Jika anak-anak tidur boleh la kita mulakan operasi mengemas. Jika anak-anak sibuk bermain memang susahla kita nak mnegemas. Nanti jadi macam ni, kemas kat sana semak kat sini, Kemas kat sini, semak kat sana. Haaa x pernah kemas la rumah jadinya..Kan, kan, kan???
TIPS # 5 - BAHAGIKAN KERJA @ MINTA TOLONG HUBBY BUAT KERJA RUMAH SAMA-SAMA.
Haaa yang ni lah yang paling penting... jika semua kita nak buat dari A sampai Z memang tak cukup masa, penat bagai.. jadi kita kenala ringan-ringankan mulut tu minta tolong dari hubby kita. Minta tolong dia buat buat benda yang dia boleh buat la. contoh tolong sidai baju ka, tukar lampin anak, basuh baju ka.. buak nak kena basuh guna tangan, campak masuk dalam mesin ja pun kan.. Kenalah pandai guna taktik macam mana nak minta tolong, suami masing-masing kan mesti la dah tau macam mana kan. Tak kan ni pun nk kena ajar hiihi...
TIPS # 6 - SELESAI URUSAN ANAK-ANAK DAHULU SEBELUM URUSAN KITA.Macam mana nak urus anak-anak dahulu? senang saja, anak-anak ni jika diorang dah kenyang pasti tak kacau kita. Seronok ja main, jadi pastikan kita bagi anak-anak makan kenyang-kenyang dahulu sebelum mulakan urusan kita. Sediakan air dan biskut untuk anak-anak ulang makan jika diorang dah letih main. Jangan lupa sediakan tempat untuk mereka baring-baring lepas penat bermain. Jangan lupa juga kat hubby kita sorang tu, pastikan perut dia pun kenyang...
TIPS # 7 - JANGAN STRESS, REHAT JIKA PENAT.Tips ni sangat-sangat penting sebab melibatkan emosi kita. Bila emosi terganggu habis semua akan terkesan, jadi jagalah emosi kita. Kalo rasa stress dan penat tu rehatlah, jangan push diri lagi. Tidur sebentar yang berkualiti dalam 5 ke 10 minit pun dah cukup. Supaya otak dan badan dapat refresh balik.
TIPS # 8 - BUAT CHECKLIST @ JADUAL URUSAN HARIAN
Buat jadual aktiviti kita seharian di rumah. Contoh bangun jam berapa, sekian-sekian jam buat kerja apa. Cuba ikut jadual yang kita buat tu sebauk yang boleh, jangan lengah-lengah dan tangguh kerja pada waktu yang kita dah set dalam jadual. Jadi bila dah ada jadual tu urusan dan kerja-kerja rumah pun akan selesai seperti yang kita harapkan. Kita punya urusan berniaga pun berjalan dengan lancar. Uruasan hariaa kita pan selesai dan bergerak lancar.
TIPS # 9 - AMALAN ROHANI
Dalam banyak-banyak tips yang saya kongsikan, tips amalan rohani adalah tips yang paling-paling penting sebagai umat Islam tak kira la siapa diri kita. Dengan amalan rohani ni hati kita akan sentiasa tenang. Solat dhuha, tahajjud, zikir dan bersedekah.. Orang kata ada duit boleh beli semua benda tapi kena ingat ketenangan tak boleh dibeli. Orang kaya pun belum tentu tenang... Selain hati tenang, kita juga akan dimurahkan rezeki olehNya. Insya Allah.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini kita sebagai ibu yang bekerja dirumah dapat berniaga dengan berjaya di samping anak-anak pun tidak terabai serta urusan rumah tangga pun tip top. Selamat mencuba ye, insya Allah sedikit sebanyak urusan perniagaan kita akan menjadi lebih terurus dan mudah.



Best regards,

Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini saya hendak berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cucur selalunya dijadikan sebagai sarapan dan juga minum petang yang enak di makan bersama-sama keluarga kan? Enak dimakan panas-panas sebab ketika panas-panas cucur masih lembut. Tapi yang tak bestnya apabila sejuk cucur dah tidak sedap dimakan kerana keras. Betul tak?
Ada tak yang mnegalami masalah ini? cucur jemput-jemput keras apabila sejuk? Ok jangan risau kerana saya akan berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cara-cara untuk menyediakan cucur jemput tetap lembut walaupun sejuk adalah seperti di bawah.
Saya akan kongsi resepi Cucur Udang kekal lembut walaupun sudah sejuk.
Bahan-bahan
4 senduk tepung gandum
daun kucai/ daun sup
taugeh
udang saiz sederhana
garam
minyak untuk menggoreng
air panas yang baru mendidih
Cara-caranya
***Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk ***
Buat 'ibu'/kanji - ambil 1 senduk tepung gandum, tuang sedikit demi sedikit air panas yang baru lepas mendidih, kacau sebati dan lembut. 'Ibu'/kanji ini yang akan buatkan cucur kita tu kekal lembut walaupun cucur tu sudah sejuk. Sekiranya hendak buat cucur lain sama saja konsepnya iaitu kena buat 'ibu'/kanji ini dahulu.
- kemudian tambah baki tepung gandum ke dalam bekas yang ada 'ibu'/kanji tadi.
- campur air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau hingga lembut dan sebati.
-masukkan garam secukup rasa, kucai, taugeh dan udang, gaul sebati.
-panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
Hasilnya cucur akan sentiasa lembut walaupun sejuk.
Cucur udang sebelah utara selalunya akan dihidangkan bersama kuah kacang. Teringat pula nak makan cucur udang hihihi..
Selamat mencuba ya!!!

*Gambar cucur udang nanti saya akan update ye. 


Best regards,

Chewable Vitamin C shaklee



Chewable Vitamin C shaklee

Chewable Vitamin C memainkan peranan penting dalam:
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • keseluruhan kesihatan yang baik.
  • diperlukan bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami alah loya-loya dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 
  • Meningkatkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit.
  • Penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Keistimewaan 
Chewable Vitamin C shaklee

  • Chewable Vita-C Plus™ dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. 
  • Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  • Rasanya yang sedap masam-masam manis.
  • Enak dikunyah atau dikemam.




Sekarang shaklee telah menaik taraf kandungan Chewable vitamin C Shaklee dengan penambahan Citrus Bioflavonoids Compleks kedalam bahan utama. Nak tahu apa kebaikan dan khasiatnya boleh klik Citrus Bioflavonoids Compleks

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002



Best regards,

Anak-anak kurang jatuh sakit dengan Shaklee

Assalamualaikum

Mak mana yang gembira dan tenteram jika anak-anak sering jatuh sakit. Demam, selesema dan batuk adalah serangan yang sering kanak-kanak dapat. Terutama yang anak-anak berumur bawah 7 tahun. Selalunya mereka akan berjangkit apabila berada di taman asuhan/nursery. Kita sendiri sedia maklum bagaimana keadaan taman asuhan dimana ramai kanak-kanak dan kadang kala sukar untuk membendung daripada berjangkit demam, slesema dan batuk ini.

Alhamdulillah dengan memberi anak-anak saya Omega guard, Chewable Vitamin C dan Mealshakes sangat-sangat membantu saya menjaga dan menjamin agar kesihatan anak-anak saya berada ditahap optimum dengan izin dari Nya.

Omega guard saya akan beri 1 biji sehari setiap orang. Omega ni anak-anak saya panggil cekelat guli-guli, mungkin sebab jernih macam guli kot. Jika saya lupa mereka yang akan minta.

Chewable vitamin C pun saya bagi 1 biji sehari setiap orang, kadang-kadang ada senyap ambil lebih. Suka dengan rasa masam-masam tu.

Mealshakes pula saya akan campur kedalam susu mereka setiap pagi.

Alhamdulillah dengan vitamin-vitamin ini anak-anak saya jarang jatuh sakit dan boleh kira hanya beberapa kali sahaja. Jika demam, selesema atau batuk sekejap sahaja, terkawal serta tidak melarat berpanjangan. Selain itu serangan ini cepat sahaja sembuh. Vitamin-vitamin ini membantu menguatkan imun anak-anak saya serta dapat membina antibodi sendiri.

Jika anak-anak demam, selesema dan batuk saya akan berikan chewable vitamin c 2 biji sehari, nutriferon serta omega. Saya juga akan menyediakan minyak bawang putih utnuk membantu menurunkan suhu badan mereka. Mudah saja nak sediakan minyak bawang putih ni.. Bolek klik Minyak bawang putih untuk cara-cara buatnya.

Minyak bawang putih ni saya akan sapu di dada, belakang, tapak kaki sebanyak 3@4 kali sehari. Alhamdulillah berkesan dalam menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.




Jika ibu-ibu nak tahu lebih lanjut mengenai vitamin-vitamin yang saya kongsi ini boleh hubungi saya 012 502 7002



Best regards,

Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game

Zaman sekarang yang serba canggih dan zaman gadjet merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Anak-anak seumur 1 tahun juga telah didedahkan dengan pelbagai gadjet seperti telefon pintar dan tab. Masa lapang anak-anak lebih dipenuhi dengan bermain tab.
Alasan beri anak-anak main tab sebab tidak mahu anak-anak mengganggu kita buat kerja, anak-anak minta main tab sebab kebanyakkan saudara-mara serta kawan-kawan ada tab masing-masing, konon ketinggalan zaman jika tidak bermain tab dan sebagainya
Tidak seperti zaman kita dulu-dulu, main masak-masak, batu seremban, panjat pokok, tangkap ikan di parit, main zero-point, polis entry macam-macam lagi la. Jika pergi rumah saudara anak-anak akan bermain bersama saudara-saudara mereka, tapi sekarang apa yang saya lihat mereka lebih gemar bermain tab berbanding bersembang-sembang dan beramah mesra dengan saudara. Kadang-kadang tu rasa sakit mata ini sebab asyik bermain dengan tab sehingga tidak menghiraukan saudara-mara yang datang.


Disini saya ingin berkongsi tips yang saya amalkan untuk anak-anak saya agar kurangkan masa bermain tab/game.
Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game:
1. Kawal masa anak-anak dengan tab - Hadkan masa anak-anak bermain tab seperti saya hanya akan benarkan anak-anak saya bermain tab waktu cuti sekolah sahaja iaitu hanya di hujung minggu. Saya akan simpan dan bertegas walaupun anak-anak minta hendak bermain tab/game. Jika anak-anak merayu dan menangis pun saya tidak akan beri kepada mereka. Kena guna kusa veto di sini hihihi... SAY NO TO TAB DURING WEEKDAYS!
2. Beri syarat kepada anak-anak sebelum benarkan mereka bermain tab - Syarat pertama, saya akan hadkan masa hanya 1 jam sahaja sehari tetapi hanya waktu cuti sekolah @ cuti hujung minggu sahaja. Syarat kedua, mesti selesaikan kerja sekolah dahulu sebelum bermain tab. Jika tiada kerja sekolah saya sendiri yang akan beri mereka kerja rumah seperti latihan-latihan matapelajaran yang mereka belajar di sekolah. Kadang-kadang tu mereka sendiri terlupa hajat hendak bermain tab tadi kerana seronok buat latihan yang saya berikan.
3. Duduk bersama anak-anak jika mereka bermain tab - kita sebagai ibubapa mesti pantau dan lihat apa yang menyebabkan mereka suka sangat hendak bermain tab/game. Lihat game apa yang mereka main dan pantau game apa yang mereka download. Selain itu kita boleh download game yang berbentuk education untuk mereka. Sambil main tab, sambil belajar dalam bentuk game. Kan menarik begitu?
4. Buka youtube cara-cara untuk buat origami - anak-anak saya suka sangat buat origami, mereka akan cari sendiri origami apa yang mereka nak buat seperti burung, bunga, rama-rama, naga dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu sediakan kertas sahaja untuk mereka buat origami. Jika bersepah ke biarkan saja, jangan marah. Biar mereka enjoy dengan aktiviti yang mereka lakukan. Bagus untuk perkembangan otak mereka, menguji minda mereka untuk berfikir.
5. Buat aktiviti bersama anak-anak - aktiviti yang saya lakukan bersama mereka seperti membaca, menulis dan mewarna. Sibukkan diri mereka dengan aktiviti yang menarik dan menggembirakan.
Jika kita hendak anak-anak kurangkan masa bermain tab, kita sendiri kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Kita pun janganlah asyik bersama phone sepanjang masa, jika kita asyik semedang dengan phone jadi tidak adil bagi anak-anak kan? Tidak guna kita melarang mereka bermain tab tetapi kita tidak tunjuk contoh yang baik kepada mereka.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana untuk mengurangkan masa anak-anak bermain tab/game.

Best regards,

Peppermint Ginger Plus Shaklee



Peppermint ginger plus Shaklee terdiri daripada 4 herba dari Timur dan Barat iaitu

DAUN PUDINA
HALIA
ADAS
CEKUR MANIS.


Peppermint ginger plus Shaklee sangat membantu dalam masalah

LOYA
GASTRIK
MABUK LAUT
SENDAWA
PENGHADAMAN


Cadangan untuk Peppermint ginger plus Shaklee

3 biji selepas makan untuk membantu penghadaman.
Larutkan 3 biji Peppermint ginger plus Shaklee +10 biji Alfalfa dalam air panas suam - bagus untuk mencuci usus dan perut.
3-5 biji dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba - untuk masalah gastrik, nausea, batuk.
Hisap 2 biji - kelegaan tekak, batuk, sendawa


Manfaat Herba di dalam Peppermint ginger plus Shaklee


PUDINA - membantu penghadaman, mabuk laut/darat, gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Juga melegakan muntah dan hilang selera makan akibat rawatan kemoterapi. Merangsang pengeluaran peluh dimana boleh menghalang demam apabila selesema. Juga memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA
- melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung serta selepas melahirkan.

POKOK ADAS (fennal)
- bagus untuk menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu, juga membantu masalah alergi pasa saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)
- melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesen jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

Sebarang pertanyaan mengenai Peppermint ginger plus Shaklee boleh hubungi saya 012 502 7002.


Best regards,

Vivix selamat untuk pesakit buah pinggang

Harap maaf blog saya dalam proses berpindah.. Jadi entry berkaitan artikel Vivix selamat untuk pesakit buah pinggang telah dipindahkan ke blog baru saya..

Boleh terus klik Makanan Tamnbahan Untuk Pesakit Buah Pinggang Elak dari Dialisis untuk meneruskan pembacaan mengenai info yang dicari.

Terima kasih kerana sudi membaca artikel di blog saya.



Best regards,

Khasiat Halia yang kita kurang ambil tahu.


Halia merupakan sejenis makanan yang mudah didapati dimana-mana saja, terutama di pasar. Selain mudah didapati ia juga murah.

Halia adalah ubat anti-muntah yang efektif. Sifat halia yang panas ini dapat mengeluarkan peluh juga udara sebagai peransang peredaran darah, anti-inflamasi dan juga sebagai antiseptik. Selain itu juga bagus untuk menghangatkan badan ketika hujan.

Halia juga bagus untuk ibu-ibu hamil yang mengalami masalah 'morning sickness', muntah-muntah dan loya-loya.

Fungsi Halia:

  • Halia mengandungi magnesium, kalsium, dan fosforus bekerja bersama-sama dalam pembentukan tulang, peregangan otot dan transmisi saraf.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam halia menjadikan ia bermanfaat untuk masalah kejang otot, stres, tekanan darah tinggi, mual, serta gangguan pencernaan.
  • Kadar kalium yang tinggi mampu menjaga tubuh daripada masalah tulang reput, lumpuh otot lemah, bingung, kerosakan ginjal dan jantung.

Kegunaan Halia yang kita kurang ambil tahu adalah:

  1. Teh Halia - Ambil halia sebesar ibu jari org dewasa, tumbuk beberapa kali dengan lesung batu. Kemudian didihkan bersama secawan air selama beberapa minit. Tuangkan ke dalam cawan dan tambah 2 sudu madu dan kacau. Bagus diminum ketika panas untuk mengubati mual, mabuk, mengidam, sakit tekak, masalah perut, demam dan selesema.
  2. Loya, mabuk perjalanan, alahan hamil - Campurkan hirisan nipis halia kedalam jus, minum sebanyak 3 kali sehari. Untuk mabuk perjalanan elok diminum 1 atau 2 jam sebelum perjalanan.
  3. Otot, tulang dan sendi - Halia sangat efektif bagi mengurangkan bengkak. Cara-caranya adalah potong halia nipis-nipis, kemudian balut bahagian bengkak itu dengan halia. Cara ini dapat mengurangkan bengkak dan rasa sakit. Pada awalnya kita akan rasa panas, jadi berhati-hati dan jangan membiarkan ia semalaman. sekiranya tidak tahan dengan kepanasan lepaskan balutan. Gunakan selama mana kita tahan pada kepanasan itu.
  4. Menggigil dan selesema - Minum teh halia panas-panas dan tambahkan secubit serbuk kayu manis bagi menambah khasiat.
  5. Menghilangkan sakit kepala - Minum secawan besar teh halia panas.
  6. Teh halia untuk wanita - Teh halia memiliki khasiat penyembuhan luar biasa untuk semua organ wanita dan usus besar. Gunakan sepotong halia yang dihancurkan campurkan 2 cawan susu segar, 1 cawan air kosong dan kacau rata. Panaskan campuran tadi sehingga mendidih. Minum campuran ini sebanyak 2@3 kali sehari.

Sekiranya kita malas atau merasa leceh hendak menyediakan Teh halia, atau makan halia secara mentah, shaklee mempunyai produk yang boleh membantu iaitu Peppermint Ginger Plus. Ia bebentuk tablet yang mudah untuk dimakan. Boleh klik Peppermint Ginger Plus untuk mengetahu lebih lanjut mengenainya..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002


Best regards,

Resepi Scrub/Masker Vitamin C Shaklee

Entry kali ini saya hendak berkongsi bagaimana hendak menyediakan scrub/masker vitamin C shaklee di rumah.

Senang saja, bahan-bahan yang diperlukan pun memang ada kat rumah dah.

Bahan-bahan:

  • 1/2 biji sustained release vitamin c shaklee (patahkan 2 vitamin c tu ye).
  • @
  • 1 biji chewable vitamin c shaklee.
  • Sedikit air- lebih kurang setengah sudu kecil shj.
  • Mangkuk kecil dan sudu utk lenyek-lenyek dan hancurkan vitamin C shaklee.

Cara-cara.

  1. 1 biji vitamin C shaklee dipatah dua ( lagi setengah tu boleh simpan untuk buat scrub lagi lepas ni), kalo tak mau simpan ambil air, makan dan telan. Tak salah pun hihihi..
  2. masukkan vitamin C shaklee yang dipatahkan tu kedalam mangkuk. Ambil sudu tekan-tekan dan lenyek-lenyek supaya hancur jadi serbuk seperti gambar di bawah.
  3. Titiskan beberapa titis air untuk sebatikan vitamin C shaklee itu. Kemudian kacau dan siap.
  4. Lepas tu sapulah dimuka, sapu di keseluruhan muka ye.
  5. Biar kering.
  6. Kemudian bilas dengan air bersih (sambil bilas tu gosok-gosok manja supaya keluar sel-sel kulit mati tu) dan lap dengan tuala bersih.

Selamat mencuba ye!!!

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002


Best regards,

Tips memulihara parut

Terdapat beberapa tips untuk memulihara parut yang saya nak kongsi disini.


Tips untuk memulihara parut adalah:

  • Elak dari terdedah kepada cahaya matahari.

-Boleh menyebabkan parut menjadi gelap dan melambatkan penyembuhan parut.
-Guna krim yang mengandungi SPF (sun protection factor). Digalakkan menggunakan krim yang mengandungi SPF 30 dan ke atas.
-Jika terdedah kepada matahari lebih dari 2 jam, ulang sapu krim yang mengandungi SPF.
-Elak daripada berada di bawah pancaran matahari antara jam 10 pg hingga 2 ptg.
  • Jangan kutil atau picit parut.

-tabiat suka kutil dan picit parut boleh menyebabkan keradangan dan cedera pada kulit.
-Akan menyebabkan parut menjadi gelap dan tinggal kesan.


  • Elakkan dari menyapu sebarang ubat.

-Jangan suka-suka sapu sebarang ubat (tanpa nasihat dari doktor) dalam parut kerana ia akan mengganggu proses penyembuhan luka.
-ambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin c untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
-Juga boleh ambil suplemen vit c, seperti vitamin C shaklee
*Vitamin e shaklee boleh disapu pada parut untuk membantu mengurangkan kesan parut dan melicinkan parut.




Sebarang pertanyaan berkenaan vitamin C dan juga vitamin E boleh hubungi saya 012 502 7002




Best regards,

Tips pemilihan vitamin E

Hari ini saya nak share tentang cara nak buat pemilihan vitamin e yang betul.
Perkara asas yang perlu kita tahu untuk buat pemilihan vitamin e adalah:
  • Pilih vitamin e yang bersumberkan semulajadi. Macam mana hendak tahu ia sumber semulajadi atau tidak?
    Boleh lihat pada label:
    ada huruf "d" kecil ( d-alfa tocopherol) menunjukkan ia sumber semulajadi.
    Jika huruf "l" @ "dl" menunjukkan ia sumber tiruan @ kimia.
  • Cari perkataan mixed tocopherol dalam label pada botol.
  • Pilih vitamin e yang berserta Selenium

Perlu diingatkan sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding daripada sumber kimia @ tiruan..
Saya pilih vitamin e shaklee kerana ia mematuhi garis panduan di atas.
Vitamin e shaklee adalah daripada sumber semulajadi kerana vitamin e shaklee terdiri daripada d-alpha tocopherol. Vitamin e shaklee juga lengkap dengan Selenium dan juga extra grape seed extract.


Sebarang pertanyaan tentang vitamin E shaklee boleh hubungi saya 012 502 7002


Best regards,