Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game

Zaman sekarang yang serba canggih dan zaman gadjet merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Anak-anak seumur 1 tahun juga telah didedahkan dengan pelbagai gadjet seperti telefon pintar dan tab. Masa lapang anak-anak lebih dipenuhi dengan bermain tab.
Alasan beri anak-anak main tab sebab tidak mahu anak-anak mengganggu kita buat kerja, anak-anak minta main tab sebab kebanyakkan saudara-mara serta kawan-kawan ada tab masing-masing, konon ketinggalan zaman jika tidak bermain tab dan sebagainya
Tidak seperti zaman kita dulu-dulu, main masak-masak, batu seremban, panjat pokok, tangkap ikan di parit, main zero-point, polis entry macam-macam lagi la. Jika pergi rumah saudara anak-anak akan bermain bersama saudara-saudara mereka, tapi sekarang apa yang saya lihat mereka lebih gemar bermain tab berbanding bersembang-sembang dan beramah mesra dengan saudara. Kadang-kadang tu rasa sakit mata ini sebab asyik bermain dengan tab sehingga tidak menghiraukan saudara-mara yang datang.


Disini saya ingin berkongsi tips yang saya amalkan untuk anak-anak saya agar kurangkan masa bermain tab/game.
Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game:
1. Kawal masa anak-anak dengan tab - Hadkan masa anak-anak bermain tab seperti saya hanya akan benarkan anak-anak saya bermain tab waktu cuti sekolah sahaja iaitu hanya di hujung minggu. Saya akan simpan dan bertegas walaupun anak-anak minta hendak bermain tab/game. Jika anak-anak merayu dan menangis pun saya tidak akan beri kepada mereka. Kena guna kusa veto di sini hihihi... SAY NO TO TAB DURING WEEKDAYS!
2. Beri syarat kepada anak-anak sebelum benarkan mereka bermain tab - Syarat pertama, saya akan hadkan masa hanya 1 jam sahaja sehari tetapi hanya waktu cuti sekolah @ cuti hujung minggu sahaja. Syarat kedua, mesti selesaikan kerja sekolah dahulu sebelum bermain tab. Jika tiada kerja sekolah saya sendiri yang akan beri mereka kerja rumah seperti latihan-latihan matapelajaran yang mereka belajar di sekolah. Kadang-kadang tu mereka sendiri terlupa hajat hendak bermain tab tadi kerana seronok buat latihan yang saya berikan.
3. Duduk bersama anak-anak jika mereka bermain tab - kita sebagai ibubapa mesti pantau dan lihat apa yang menyebabkan mereka suka sangat hendak bermain tab/game. Lihat game apa yang mereka main dan pantau game apa yang mereka download. Selain itu kita boleh download game yang berbentuk education untuk mereka. Sambil main tab, sambil belajar dalam bentuk game. Kan menarik begitu?
4. Buka youtube cara-cara untuk buat origami - anak-anak saya suka sangat buat origami, mereka akan cari sendiri origami apa yang mereka nak buat seperti burung, bunga, rama-rama, naga dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu sediakan kertas sahaja untuk mereka buat origami. Jika bersepah ke biarkan saja, jangan marah. Biar mereka enjoy dengan aktiviti yang mereka lakukan. Bagus untuk perkembangan otak mereka, menguji minda mereka untuk berfikir.
5. Buat aktiviti bersama anak-anak - aktiviti yang saya lakukan bersama mereka seperti membaca, menulis dan mewarna. Sibukkan diri mereka dengan aktiviti yang menarik dan menggembirakan.
Jika kita hendak anak-anak kurangkan masa bermain tab, kita sendiri kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Kita pun janganlah asyik bersama phone sepanjang masa, jika kita asyik semedang dengan phone jadi tidak adil bagi anak-anak kan? Tidak guna kita melarang mereka bermain tab tetapi kita tidak tunjuk contoh yang baik kepada mereka.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana untuk mengurangkan masa anak-anak bermain tab/game.

Best regards,

No comments:

Post a Comment