Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini saya hendak berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cucur selalunya dijadikan sebagai sarapan dan juga minum petang yang enak di makan bersama-sama keluarga kan? Enak dimakan panas-panas sebab ketika panas-panas cucur masih lembut. Tapi yang tak bestnya apabila sejuk cucur dah tidak sedap dimakan kerana keras. Betul tak?
Ada tak yang mnegalami masalah ini? cucur jemput-jemput keras apabila sejuk? Ok jangan risau kerana saya akan berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cara-cara untuk menyediakan cucur jemput tetap lembut walaupun sejuk adalah seperti di bawah.
Saya akan kongsi resepi Cucur Udang kekal lembut walaupun sudah sejuk.
Bahan-bahan
4 senduk tepung gandum
daun kucai/ daun sup
taugeh
udang saiz sederhana
garam
minyak untuk menggoreng
air panas yang baru mendidih
Cara-caranya
***Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk ***
Buat 'ibu'/kanji - ambil 1 senduk tepung gandum, tuang sedikit demi sedikit air panas yang baru lepas mendidih, kacau sebati dan lembut. 'Ibu'/kanji ini yang akan buatkan cucur kita tu kekal lembut walaupun cucur tu sudah sejuk. Sekiranya hendak buat cucur lain sama saja konsepnya iaitu kena buat 'ibu'/kanji ini dahulu.
- kemudian tambah baki tepung gandum ke dalam bekas yang ada 'ibu'/kanji tadi.
- campur air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau hingga lembut dan sebati.
-masukkan garam secukup rasa, kucai, taugeh dan udang, gaul sebati.
-panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
Hasilnya cucur akan sentiasa lembut walaupun sejuk.
Cucur udang sebelah utara selalunya akan dihidangkan bersama kuah kacang. Teringat pula nak makan cucur udang hihihi..
Selamat mencuba ya!!!

*Gambar cucur udang nanti saya akan update ye. 


Best regards,

No comments:

Post a Comment