Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah

Assalamualaikum, terima kasih kerana sudi masuk dan baca blog saya. Saya harap info dari perkongsian saya dapat membantu pembaca mencari dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Hari saya nak berkongsi Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah. Resepi ini tiba-tiba datang bila saya dah tak tahu nak masak apa ayam yang saya keluarkan dari fridge. Asyik goreng kunyit ja, bosan pulak. Pandang bahan yang dok ada atas rak nampak la biji jintan manis dan ketumbar.. terus teringat nak buat ayam berempah, tapi masalahnya tak cukup bahan la pula.. Ok tak pa guna ja bahan yang ada saja. Nak risau apakan kita yang buat ayam tu bukan ayam tu yang buat kita. Maka terjadilah Resepi Ayam Goreng Berempah Simple dan Mudah.

Bahan-bahan

1 ekor ayam yang di potong kecil
2 sudu besar biji jintan manis *
2 sudu besar biji ketumbar *
2 sudu besar madu
1 sudu kecil paste asam jawa adabi
serbuk kunyit @ kunyit hidup 1 inci
daun kari
garam
minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

- Kisar bahan bertanda * bersama-sama hingga halus, tapi jangan halus sangat la ye.
  boleh tengok seperti gambar di bawah.

Jintan Manis & ketumbar sebelum dimesin dan selepas dimesin

- Potong ayam kecil-kecil supaya nanti bahan-bahan perap akan masuk hingga kedalam.
Ayam yang dipotong kecil-kecil

- Masukkan ayam yang telah di potong kedalam bekas dan masukkan serbuk kunyit, garam, madu serta asam jawa paste seperti gambar di bawah.




- Gaul ayam bersama-bahan tadi hingga sekata



Ayam yang telah digaul sebati 
- Perap ayam paling kurang 1 jam.

- Selepas 1 jam, panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak sudah panas goreng ayam seperti biasa, gunakan api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangit. Semasa goreng tu boleh masukkan daun kari sedikit untuk bagi wangi lagi ayam tu.

- Jika tak nak goreng boleh juga bakar didalam oven / bole juga bakar dalam kuali serbaguna


Ayam yang siap di bakar


Ayam yang siap di goreng
Simple dan mudah saja resepi ni kan?  Selamat mencuba ye kawan-kawan :)



Best regards,

No comments:

Post a Comment