Kitar Haid Wanita



Fahami Kitar Haid

Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan, secara puratanya ialah 28-30 hari. Tetapi setiap wanita ada kitarannya sendiri – ada 25 hari dan ada yang lambat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda pada kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran fallopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestron dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestron semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh.


Kitar haid sangat penting bagi seorang wanita yang telah berkahwin untuk merancang dapatkan anak. Dari kitar haid kita dapat mengetahui waktu yang sesuai untuk bersama supaya berlaku persenyawaan untuk mendapatkan zuriat.

Selain itu kitar haid juga dapat menentukan keseimbangan hormon dalam badan wanita. Tempoh kitar haid seseorang wanita adalah antara 28 - 30 hari. Sekiranya setiap bulan kitar haid kita berada dalam lingkungan 28 - 30 hari menunjukkan hormon kita berada pada tahap yang seimbang dan tidak mengalami masalah hormon.


Antara tanda-tanda seseorang mengalami gangguan hormon adalah:

  • selalu cepat marah
  • menangis tanpa sebab tertentu
  • kerap pening kepala
  • selalu rasa gelisah
  • nafsu makan yang meningkat
  • mengalami masalah berat berat badan dan berat badan naik meningkat
  • hilang minat terhadap seks
  • kulit kusam dan tidak berseri
  • kulit berminyak
  • mengalami masalah rambut gugur
  • kulit berjerawat

Sekiranya mengalami masalah gangguan hormon, shaklee mempunyai produk yang boleh mengatasi masalah ini iaitu GLA complex.. <<--- boleh klik link ini

sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di 012 502 7002





Best regards,

No comments:

Post a Comment