Ubat Tahan Sakit

BAHAYA ubat tahan sakit.

Kenapa ramai yang sanggup mengambil ubat tahan sakit??

Ubat tahan sakit biasa yang digunakan di seluruh dunia adalah ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs). Ubat tahan sakit ini mudah didapati kerana ia boleh dibeli di farmasi dan harganya juga murah. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan untuk meredakan sakit kepala, sakit sendi dan sakit-sakit badan secara cepat.
Oleh itu ia menjadi ubat pilihan kepada sesetengah pesakit yang sering mengalami gejala migraine, gout dan arthiritis.

Antara ubat tahan sakit adalah:

  • ibuprofein
  • diclofenac (voltaren)
  • naproxen
  • mefenamic acid (ponstan)

Yang glamour PONSTAN la kan??? I glamor you!!

Penggunaan ubat tersebut secara berpanjangan boleh menyebabkan kesan sampingan terutama berkaitan gastrousus dan juga masalah buah pinggang.

Menurut Dr. Zubaidi Hj. Ahmad, antara ubat tahan sakit yang paling glamour adalah Ponstan. Ponstan atau nama lainnya mefenamic acid, boleh menyebabkan bahaya yang serius pada perut dan usus. Antaranya menyebabkan radang (inflammation), pendarahan (bleeding), luka (ulceration) dan kebocoran (perforation) pada perut, usus kecil dan usus besar. Semakin lama kita menggunakan Ponstan, semakin tinggi risiko untuk mendapat kesan sampingan ini. Ianya boleh berlaku tanpa disedari atau memberikan tanda-tanda awal.
Pesakit warga tua paling mudah mendapat kesan sampingan ini. Mereka yang mengambil aspirin untuk mencairkan darah, penahan sakit untuk sakit sendi, dan akhirnya diberikan pula Ponstan untuk sakit kepala dan sebagainya, akan mendapat masalah ini. Risiko adalah lebih tinggi jika dia juga perokok  serta mempunyai sejarah mengidap penyakit Peptic Ulser Disease.

KESAN-KESAN UBAT TAHAN SAKIT PADA TUBUH BADAN

Kesan pada KULIT


PONSTAN juga boleh menyebabkan reaksi yang serius pada kulit, iaitu exfoliative dermatitis, toxic epidermal necrolysis (TEN) dan Steven-Johnson syndrome. Tanda-tanda awalnya ialah ruam kulit, dan bengkakan pada sekeliling mata. Pesakit harus terus berjumpa doktor kerana ianya tanda alergik pada Ponstan yg amat teruk, dan boleh melibatkan nyawa.

Kesan pada GINJAL

Ponstan juga dilaporkan boleh menyebabkan masalah ginjal jika diambil tanpa peraturan. Antaranya penyakit ginjal seperti acute interstitial nephritis dan pendarahan dalam air kencing (haematuria), proteinuria, glomerulitis, papillary necrosis dan Nephrotic Syndrome. Pemeriksaan darah untuk ginjal (ie Renal function test) harus diperiksa secara berkala.



Kesan pada HATI (LIVER)


PONSTAN harus diberikan secara berhati-hati pada pesakit yg mempunyai masalah dengan penghadaman dan fungsi dalam organ hati. Ini bermakna setiap bacaan SGOT dan SGPT dalam ujian darah bagi ujian fungsi hati sebanyak 2 kali lebih tinggi dari bacaan normal haruslah berhati-hati ketika menggunakan ponstan.

Kesan pada SEL DARAH

PONSTAN 500 mg boleh menyebabkan prothrombin, iaitu komponen dalam darah yg bertindak dalam fungsi pembekuan darah menjadi rendah. Ponstan tidak boleh diberikan kepada pesakit yg mengambil ubat warfarin atau pesakit yang mempunyai kandungan kepekatan prothrombin yg berada dalam tahap 10-20% dari normal.

Kesan kepada UBAT PERANCANG

PONSTAN  juga harus diberikan berhati-hati kepada pesakit asthma. Bagi mereka yg mengamalkan ubat perancang, ada juga kajian menunjukkan kadang-kala ianya mengurangkan keberkesanan pencegahan kehamilan ini terutama bagi mereka yg mengamalkan IUCD.


Kesan kepada WANITA HAMIL


NSAIDs mesti delakkan untuk ibu hamil selepas 6 bulan keatas. Ia tidak dikleas didalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi mempunyai risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.

Kesan kepada PERUT

-perut kurang selesa, kembung dan keluar angin
-perut menjadi luka (gastrik)
-perut menjadi ulser (Ulser perut)

-perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
-perut berlubang (gastro perforation)

No comments:

Post a Comment