Khasiat Lidah Buaya @ Aloe Vera


Lidah buaya atau Aloe vera adalah tanaman ubat yang di tanam secara meluas di daerah-daerah panas ataupun dearah tropika, seperti Amerika Syarikat dan Asia Tenggara serta sebahagian selatan Amerika Utara,

Antara khasiat lidah buaya @ aloe vera yang terkenal adalah dapat menyembukan hampir semua jenis luka pada kulit, luka terbakar atau kulit melecet seta menbantu mempercepatkan proses penyembuhan slepas pembedahan..

Bahagian daun aloe vera digunakan kerana mempunyai khasiat sebagai anti bakteria, bahan pelali, antiseptik dan juga pemulihan jaringan luka ( luka terbakar, terkena objek tajam, serta sinaran kuat matahari)

Gel lembut dalam daun aloe vera mampu menghilangkan ekzema kulit yang disebabkan oleh tanaman beracun dan membantu mengeluarkan jangkitan ataupun kuman.





Lidah Buaya @ Aloe vera juga digunakan untuk mengubati :

  • kulit melecet
  • gigitan serangga
  • ruam
  • luka
  • herpes (penyakit berjangkit oleh virus)
  • untutkulat
  • elergy
  • kulit kering
  • mengubati jerawat
  • terkena sinaran matahari yang kuat
  • radang sejuk
  • Psoriasis
  • ketuat
  • kedutan
  • menghalus dan melembutkan rambut
  • menyembuhkan rasa panas pada perut
  • radang sendi
  • reumatism
  • asma
  • menurunkan kadar gula dalam darah
  • membantu pesakit kanser( seperti kanser paru-paru dengan mengaktifkan sel-sel darah putih dan meningkatkan pertumbuhan sel-sel bukan kanser. The American National Cancer Institute mengakui, aloe vera mempunyai khasiat bagi melawan kanser)




Selain itu khasiat lidah buaya @ Aloe vera mujarab sekiranya dimakan atau diminum bagi mengubati:


  • hidung tersumbat
  • masalah cacing
  • jangkitan perut
  • buasir
  • masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • jangkitan ginjal
  • jangkitan salut kencing
  • masalah prostat
  • proses detoksifikasi


TIPS MERAWAT LUKA


Menyediakan kain pembalut daripada aloe vera dengan cara memotong aloe vera secara memanjang dan menekankan bahagian dalamnya ke permukaan luka akibat terkena objek tajam ataupun ataupun luka terbakar. kemudian di bungkus menutupi luka. Umumnya. aloe vera digunakan denagn cara mengorek gel yang terdapat dalam batang aloe vera dan meletakkan gel itu pada tempat luka.



PERINGATAN!!!


Hindari penggunaan aloe vera untuk ibu mengadung, menyusu atau wanita dalam keadaan haid. Ia mampu menyebankan kontraksi pada kandungan.



Best regards,

No comments:

Post a Comment