Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk

Assalamualaikum dan selamat petang.
Hari ini saya hendak berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cucur selalunya dijadikan sebagai sarapan dan juga minum petang yang enak di makan bersama-sama keluarga kan? Enak dimakan panas-panas sebab ketika panas-panas cucur masih lembut. Tapi yang tak bestnya apabila sejuk cucur dah tidak sedap dimakan kerana keras. Betul tak?
Ada tak yang mnegalami masalah ini? cucur jemput-jemput keras apabila sejuk? Ok jangan risau kerana saya akan berkongsi Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk. Cara-cara untuk menyediakan cucur jemput tetap lembut walaupun sejuk adalah seperti di bawah.
Saya akan kongsi resepi Cucur Udang kekal lembut walaupun sudah sejuk.
Bahan-bahan
4 senduk tepung gandum
daun kucai/ daun sup
taugeh
udang saiz sederhana
garam
minyak untuk menggoreng
air panas yang baru mendidih
Cara-caranya
***Tips Cucur jemput-jemput kekal lembut walaupun sudah sejuk ***
Buat 'ibu'/kanji - ambil 1 senduk tepung gandum, tuang sedikit demi sedikit air panas yang baru lepas mendidih, kacau sebati dan lembut. 'Ibu'/kanji ini yang akan buatkan cucur kita tu kekal lembut walaupun cucur tu sudah sejuk. Sekiranya hendak buat cucur lain sama saja konsepnya iaitu kena buat 'ibu'/kanji ini dahulu.
- kemudian tambah baki tepung gandum ke dalam bekas yang ada 'ibu'/kanji tadi.
- campur air sejuk sedikit demi sedikit dan kacau hingga lembut dan sebati.
-masukkan garam secukup rasa, kucai, taugeh dan udang, gaul sebati.
-panaskan minyak dan goreng seperti biasa.
Hasilnya cucur akan sentiasa lembut walaupun sejuk.
Cucur udang sebelah utara selalunya akan dihidangkan bersama kuah kacang. Teringat pula nak makan cucur udang hihihi..
Selamat mencuba ya!!!

*Gambar cucur udang nanti saya akan update ye. 


Best regards,

Chewable Vitamin C shaklee



Chewable Vitamin C shaklee

Chewable Vitamin C memainkan peranan penting dalam:
  • memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh
  • penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • keseluruhan kesihatan yang baik.
  • diperlukan bagi ibu-ibu mengandung yang mengalami alah loya-loya dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. 
  • Meningkatkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit.
  • Penting untuk mempercepatkan penyembuhan luka

Keistimewaan 
Chewable Vitamin C shaklee

  • Chewable Vita-C Plus™ dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren. 
  • Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang sukar untuk menelan pil.
  • Rasanya yang sedap masam-masam manis.
  • Enak dikunyah atau dikemam.




Sekarang shaklee telah menaik taraf kandungan Chewable vitamin C Shaklee dengan penambahan Citrus Bioflavonoids Compleks kedalam bahan utama. Nak tahu apa kebaikan dan khasiatnya boleh klik Citrus Bioflavonoids Compleks

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002



Best regards,

Anak-anak kurang jatuh sakit dengan Shaklee

Assalamualaikum

Mak mana yang gembira dan tenteram jika anak-anak sering jatuh sakit. Demam, selesema dan batuk adalah serangan yang sering kanak-kanak dapat. Terutama yang anak-anak berumur bawah 7 tahun. Selalunya mereka akan berjangkit apabila berada di taman asuhan/nursery. Kita sendiri sedia maklum bagaimana keadaan taman asuhan dimana ramai kanak-kanak dan kadang kala sukar untuk membendung daripada berjangkit demam, slesema dan batuk ini.

Alhamdulillah dengan memberi anak-anak saya Omega guard, Chewable Vitamin C dan Mealshakes sangat-sangat membantu saya menjaga dan menjamin agar kesihatan anak-anak saya berada ditahap optimum dengan izin dari Nya.

Omega guard saya akan beri 1 biji sehari setiap orang. Omega ni anak-anak saya panggil cekelat guli-guli, mungkin sebab jernih macam guli kot. Jika saya lupa mereka yang akan minta.

Chewable vitamin C pun saya bagi 1 biji sehari setiap orang, kadang-kadang ada senyap ambil lebih. Suka dengan rasa masam-masam tu.

Mealshakes pula saya akan campur kedalam susu mereka setiap pagi.

Alhamdulillah dengan vitamin-vitamin ini anak-anak saya jarang jatuh sakit dan boleh kira hanya beberapa kali sahaja. Jika demam, selesema atau batuk sekejap sahaja, terkawal serta tidak melarat berpanjangan. Selain itu serangan ini cepat sahaja sembuh. Vitamin-vitamin ini membantu menguatkan imun anak-anak saya serta dapat membina antibodi sendiri.

Jika anak-anak demam, selesema dan batuk saya akan berikan chewable vitamin c 2 biji sehari, nutriferon serta omega. Saya juga akan menyediakan minyak bawang putih utnuk membantu menurunkan suhu badan mereka. Mudah saja nak sediakan minyak bawang putih ni.. Bolek klik Minyak bawang putih untuk cara-cara buatnya.

Minyak bawang putih ni saya akan sapu di dada, belakang, tapak kaki sebanyak 3@4 kali sehari. Alhamdulillah berkesan dalam menurunkan suhu badan anak yang sedang demam.




Jika ibu-ibu nak tahu lebih lanjut mengenai vitamin-vitamin yang saya kongsi ini boleh hubungi saya 012 502 7002



Best regards,

Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game

Zaman sekarang yang serba canggih dan zaman gadjet merupakan satu cabaran besar bagi ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Anak-anak seumur 1 tahun juga telah didedahkan dengan pelbagai gadjet seperti telefon pintar dan tab. Masa lapang anak-anak lebih dipenuhi dengan bermain tab.
Alasan beri anak-anak main tab sebab tidak mahu anak-anak mengganggu kita buat kerja, anak-anak minta main tab sebab kebanyakkan saudara-mara serta kawan-kawan ada tab masing-masing, konon ketinggalan zaman jika tidak bermain tab dan sebagainya
Tidak seperti zaman kita dulu-dulu, main masak-masak, batu seremban, panjat pokok, tangkap ikan di parit, main zero-point, polis entry macam-macam lagi la. Jika pergi rumah saudara anak-anak akan bermain bersama saudara-saudara mereka, tapi sekarang apa yang saya lihat mereka lebih gemar bermain tab berbanding bersembang-sembang dan beramah mesra dengan saudara. Kadang-kadang tu rasa sakit mata ini sebab asyik bermain dengan tab sehingga tidak menghiraukan saudara-mara yang datang.


Disini saya ingin berkongsi tips yang saya amalkan untuk anak-anak saya agar kurangkan masa bermain tab/game.
Tips kurangkan masa anak-anak bermain tab/game:
1. Kawal masa anak-anak dengan tab - Hadkan masa anak-anak bermain tab seperti saya hanya akan benarkan anak-anak saya bermain tab waktu cuti sekolah sahaja iaitu hanya di hujung minggu. Saya akan simpan dan bertegas walaupun anak-anak minta hendak bermain tab/game. Jika anak-anak merayu dan menangis pun saya tidak akan beri kepada mereka. Kena guna kusa veto di sini hihihi... SAY NO TO TAB DURING WEEKDAYS!
2. Beri syarat kepada anak-anak sebelum benarkan mereka bermain tab - Syarat pertama, saya akan hadkan masa hanya 1 jam sahaja sehari tetapi hanya waktu cuti sekolah @ cuti hujung minggu sahaja. Syarat kedua, mesti selesaikan kerja sekolah dahulu sebelum bermain tab. Jika tiada kerja sekolah saya sendiri yang akan beri mereka kerja rumah seperti latihan-latihan matapelajaran yang mereka belajar di sekolah. Kadang-kadang tu mereka sendiri terlupa hajat hendak bermain tab tadi kerana seronok buat latihan yang saya berikan.
3. Duduk bersama anak-anak jika mereka bermain tab - kita sebagai ibubapa mesti pantau dan lihat apa yang menyebabkan mereka suka sangat hendak bermain tab/game. Lihat game apa yang mereka main dan pantau game apa yang mereka download. Selain itu kita boleh download game yang berbentuk education untuk mereka. Sambil main tab, sambil belajar dalam bentuk game. Kan menarik begitu?
4. Buka youtube cara-cara untuk buat origami - anak-anak saya suka sangat buat origami, mereka akan cari sendiri origami apa yang mereka nak buat seperti burung, bunga, rama-rama, naga dan macam-macam lagi. Kita hanya perlu sediakan kertas sahaja untuk mereka buat origami. Jika bersepah ke biarkan saja, jangan marah. Biar mereka enjoy dengan aktiviti yang mereka lakukan. Bagus untuk perkembangan otak mereka, menguji minda mereka untuk berfikir.
5. Buat aktiviti bersama anak-anak - aktiviti yang saya lakukan bersama mereka seperti membaca, menulis dan mewarna. Sibukkan diri mereka dengan aktiviti yang menarik dan menggembirakan.
Jika kita hendak anak-anak kurangkan masa bermain tab, kita sendiri kena tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Kita pun janganlah asyik bersama phone sepanjang masa, jika kita asyik semedang dengan phone jadi tidak adil bagi anak-anak kan? Tidak guna kita melarang mereka bermain tab tetapi kita tidak tunjuk contoh yang baik kepada mereka.
Saya harap dengan perkongsian tips-tips ini akan sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa diluar sana untuk mengurangkan masa anak-anak bermain tab/game.

Best regards,

Peppermint Ginger Plus Shaklee



Peppermint ginger plus Shaklee terdiri daripada 4 herba dari Timur dan Barat iaitu

DAUN PUDINA
HALIA
ADAS
CEKUR MANIS.


Peppermint ginger plus Shaklee sangat membantu dalam masalah

LOYA
GASTRIK
MABUK LAUT
SENDAWA
PENGHADAMAN


Cadangan untuk Peppermint ginger plus Shaklee

3 biji selepas makan untuk membantu penghadaman.
Larutkan 3 biji Peppermint ginger plus Shaklee +10 biji Alfalfa dalam air panas suam - bagus untuk mencuci usus dan perut.
3-5 biji dilarutkan dalam air panas untuk menjadi teh herba - untuk masalah gastrik, nausea, batuk.
Hisap 2 biji - kelegaan tekak, batuk, sendawa


Manfaat Herba di dalam Peppermint ginger plus Shaklee


PUDINA - membantu penghadaman, mabuk laut/darat, gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Juga melegakan muntah dan hilang selera makan akibat rawatan kemoterapi. Merangsang pengeluaran peluh dimana boleh menghalang demam apabila selesema. Juga memelihara pemikiran yang jelas dan tetap fokus.

HALIA
- melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya dan mual angin ketika mengandung serta selepas melahirkan.

POKOK ADAS (fennal)
- bagus untuk menghilangkan kembung perut, melegakan sakit perut dan melegakan gejala flu, juga membantu masalah alergi pasa saluran usus.

CEKUR MANIS (anise)
- melegakan masalah pencernaan dan gejala sakit haid, batuk dan kahak. Merangsang rembesen jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang biasa.

Sebarang pertanyaan mengenai Peppermint ginger plus Shaklee boleh hubungi saya 012 502 7002.


Best regards,