Antara punca utama masalah perut buncit adalah kerana sistem penghadaman yang tidak lancar. Jadi berikut adalah 5 tips atasi perut buncit yang dapat membantu melancarkan penghadaman kita dan dapat membantu mengatasi masalah perut buncit.
1. JUS LIMAU/LEMON
Sebelum sarapan sediakan segelas air/jus limau. Jus limau dapat membantu membersihkan sisa-siasa makanandan juga asid yang tertinggal didalam perut kita. Jus limau ini juga boleh digantikan dengan air lemon dan juga jus epal hijau.. Boleh klik AIR LEMON untuk mengetahui khasiat lain air lemon.
2. ELAKKAN MINUMAN SEJUK KETIKA MAKAN
Makanan lebih cekap di cerna sekitar suhu badan. Minuman sejuk atau ais akan merendahkan suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan dan akan menyebabkan masalah perut buncit. Jadi pengambilan air suam sangat-sangat penting. Tukarlah amalan minum air sejuk/ais selepas makan dapat mengurangkan masalah perut buncit.
3. BERPUASA
Berpuasa adalah salah satu cara yang berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman. Untuk yang beragama Islam, ia tidak akan memberi sebarang masalah, tetapi kepada yang bukan Islam anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.
4. KUNYAH MAKANAN SEHINGGA BETUL-BETUL HANCUR
Salah satu mekanisma terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga betul-betul hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ pencernaan untuk merembes jus-jus pencernaan untuk mencerna makanan. Dalam Islam juga menitik beratkan mengunyah makanan hingga hancur iaitu Rasulullah s.a.w juga berpesan agar mengunyah makanan sebanyak 44x sebelum menelan.
5. KOMBINASI MAKANAN
Kombinasi makanan adalah sangat penting untuk sistem pencernaan manusia iaitu karbohidrat, proten dan serat. Setiap kombinasi ini perlulah seimbang mengikut jumlah yang diperlukan sahaja. Kurangkan karbohidrat dan lebihkan serat seperti sayur-sayuran dan juga buah-buahan.
Nak cuba supplement yang boleh membantu dalam mengurang dan mengatasi masalah perut buncit? Shaklee ada produk yang boleh membantu iaitu HERB-LAX dan OMEGA GUARD
Boleh klik Atasi perut buncit dengan herb-lax dan omega guard
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya 012 502 7002
Best regards,
Maziah Ismail
tel.:012-502 7002
fax:-
maz.anw@gmail.com
http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/
tel.:012-502 7002
fax:-
maz.anw@gmail.com
http://supplementsihatsemulajadi.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment